Saturday, October 30, 2010

ya Illahi..

Ya Allah Yang maha melindungi, aku mohon semoga Kau berikan aku perlindungan dari kesedihan dan keresahan, dari rasa malas dan lemah tidak upaya, dari beban hutang dan tekanan dari manusia, dan lindungilah aku dari gangguan syaitan terkutuk..

Wednesday, September 8, 2010

Tips berbelanja utk dapat berbelanja lagi ;)
-dari sudut LOA

bila berbelanja, 1st, elakkan dari berbelanja perkara2 yang kita rasa membazir (membazir yang betul/haq)cth: nak beli shampoo utk diri sendiri
kita beli yang murah sebab taknak membazir
salah!
apasalahnya beli barangan yang berkualiti untk diri sendiri: i love me
ni bukan membazir, ni kedekut..
bila kedekut, tu yang rezeki pun kedekut nak datang
lainla kalau dah ada 5 pasang kasut, saja nak beli lagi sepasang, ini membazir




satu lagi, perasaan ketika membeli...mesti rasa gembira ..jgn ada rasa kompetitif, tak cukup..risau duit habis kalau beli ni..(sebab kita tak membazir, so apa nak rasa bersalah pula)
dan kena ingat balik affirmation kita, aku memiliki kuasa beli yang tinggi dan besar...
rasakan perasaan memiliki kuasa beli yang besar tu, ada nak rasa risau ke? tak de kan..tapi kena betul2 hayati..dan sedari bahawa wang akan masuk lagi
jgn ada rasa kedekut, risau dan cuak bila nak memilih, dan membeli barangan...
yang ada hanya rasa gembira, bersyukur sebab ada rezeki untuk membeli, dan perasaan optimis bahawa duit ini bukan terakhir dalam poketku..ada banyak lagi masuk dalam masa terdekat
cubala...insyaAllah

http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/07/my-friend-just-manifest-his.html

Saya: "jgn ada rasa kedekut, risau dan cuak bila nak memilih, dan membeli barangan"
kalau kita rasa 'aku bwk duit bp je ni..

Sifu: nak pi shopping, kat umah estimated la dulu apa yang u nak beli, baju, kasut, barangan kesihatan, makanan, agak2 kos dalam berapa
cuma harga dikedai tu yang tak pasti, tapi bila ada yang hati dah berkenan..betul2 teringin, jangan kedekut dgn diri sendiri..tapi berpada2lah..dah beli satu baju mahal, baju kedua kurangkanlah sikit
Saya: oo.. sy ni bahaya sikit bebelanja

Sifu: mmgla..ramai macam tu.. cuma kalau leh la...cuba sesekali style loa ..iatu tiada rasa cuak..biarla lainkali nak cuak ke
tapi sekali ni,,rasailah..enjoy shopping..dan cuba betul2 rasakan anda memiliki kuasa beli yang besar !!mmg la dalm poket katakan ada 500, tapi kena ada satu perasaan bahawa this is not my last rm500
dalam masa terdekat ada lagi masuk
masalahnya kita gagal dapat fikir macam tu
sebab kita kira fakta dan logik
ingat artikel blog pasal baby, ultraman dll?-http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/07/mengubah-keyakinan-bhg-1.html

Saya: ooo

Sifu: dan jgn lupa. sedekah ikhlas tu penting
manifest je duit, terus kuarkan dulu portion untuk sedekah tu yang buat dia bertambah
dari situ u dah tau 1 sedekah dapat balik maximum 700kali and minimum 10kali
duit datang dgn pelbagai cara..awak pun tau kan..maybe ayah bagi,, mak bagi, nenek bagi..tu semua arah yang kta memang dah sangka
tapi ayat tu: dari arah yang tak kita sangka...
yang tu yang kita kena selalu ingat
wallahuaklam..Allah lebih maha mengetahui..kita cuma leh fikir, ikhtiar dan share je

Saya: thanx a lot=)

Friday, September 3, 2010

Kelebihan seorang wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Jari ku Jari mu .. jaga la dia


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.
by Yus Fairus

Thursday, July 8, 2010

Rahsia 7 hari Dalam Seminggu

Penciptaan 7 hari dalam seminggu.Ali bin Abi Talib bermadah:

"
Sebaik-baik ialah hari Sabtu untuk berburu,
tanpa keraguan tanpa keraguan jika anda inginkannya.
Dan pada hari Ahad untuk membangun kerana pada hari itu
Allah memulai penciptaan langit.


Dan pada hari
Isnin bila anda hendak belayar (bermusafir)
a
nda akan selamat daripada musibah dan bala.
Bila anda akan berbekam lakukanlah
Pada hari Selasa, pada saat itu darah ditumpahkan.

bila seseornag akan meminum ubat
Sebaik-baik hari untuk itu adalah hari rabu
Dan pada hari Khamis untuk menunaikan hajat
Kerana Allah memerintahkan menuai.

Dan di hari Jumaat untuk perkahwinan
Melapangkan urusan keadaan wanita
Ilmu ini tidak akan dihimpunkan kecuali oleh Nabi
atau pewaris Nabi"



Saturday, April 3, 2010

Jangan Berdukacita Kerana Allah Maha Pengampun dan Penerima Taubat
















Hinanya aku disisi-NYA.. Tuhan.. begitu banyak dosa ku lakukan terdapMu .. layak kah aku menerima keampunan dari Mu??


Allah s.w.t berfirma, ertinya;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. Az-Zumar: 53)

Tidakkah firman Allah ini dapat melapangkan hati, menghilangkan keresahan dan menghapuskan kebimbangan anda?

Kelihatan bahawa Allah sengaja menyapa manusia dengan kalimah "Wahai hamba-hamba- Ku..." Adapun tujuannya, tidak lain adalah menyatukan hati para hamba-Nya dan menyentuh perasaan mereka agar mendengarkan ayat tersebut dengan baik. Setelah itu, terlihat bahawa Dia mengkhususkan firman-Nya itu untuk orang-orang yang melampaui batas. Itu dilakukan Allah kerana mereka merupakan golongan manusia yang paling banyak melakukan dosa dan kesalahan. Lantas, bagaimana dengan kita yang tentu sahaja juga sering melakukan dosa dan kesalahan?

Dalam ayat tersebut, Allah juga melarang hamba-Nya berputus asa dalam memohon ampunan Allah. Allah mengabarkan pula bahawa Dia akan mengampuni sesiapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya, baik dari dosa-dosa kecil mahupun yang besar.

Tidakkah anda merasa gembira dan bahagia dengan firman Allah s.w.t.,

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya)

(QS. Ali 'Imran: 135)

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. An-Nisa': 110)

“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”

(QS. An-Nisa': 31)

“Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

(QS. An-Nisa': 64)

“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya”

(QS. Thaha: 82)

Tatkala Musa membunuh seseorang maka dia berkata:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah (apalah jua kiranya) akan dosaku. (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya”

(QS. Al-Qashash: 16)

Allah juga berfirman yang menjelaskan tentang Nabi Daud setelah bertaubat dan Allah mengampuninya,

“Maka Kami ampunkan kesalahannya itu dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak)”

(QS. Shad: 25)

Sememangnya Allah benar-benar Maha Pengasih dan Maha Mulia. Bagaimana tidak, Dia masih menawarkan rahmat dan maghfirah-Nya kepada orang-orang yang meyakini adanya triniti. Firman Allah tentang mereka,

“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterang an tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. Al-Ma'idah: 73-74)

Dalam sebuah hadis shahih, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besamya seisi bumi seluruhnya."

Dalam sebuah hadis shahih yang lain Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar orang-orang yang melakukan dosa pada siang hari bertaubat dan Dia membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang melakukan kesalahan di malam hari bertaubat, hingga nanti ketika matahari terbit dari arah barat."

Dalam sebuah hadis qudsi disebutkan: "Wahai hamba-hamba- Ku, sesungguhnya kalian melakukan dosa di malam hari, sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Maka, mintalah kalian semua ampunan kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni kalian."

Dalam sebuah hadis shahih yang lain lagi disebutkan: "Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya. Seandainya kalian tidak melakukan dosa nescaya Allah akan menghilangkan kalian, dan akan mendatangkan kaum yang lain yang melakukan dosa-dosa namun memohon ampunan kepada Allah, yang kemudian Dia akan mengampuni mereka."


Pendek kata, selama hamba itu bertaubat, meminta ampunan dan menyesali perbuatannya, maka Allah akan mengampuninya.