Wednesday, September 8, 2010

Tips berbelanja utk dapat berbelanja lagi ;)
-dari sudut LOA

bila berbelanja, 1st, elakkan dari berbelanja perkara2 yang kita rasa membazir (membazir yang betul/haq)cth: nak beli shampoo utk diri sendiri
kita beli yang murah sebab taknak membazir
salah!
apasalahnya beli barangan yang berkualiti untk diri sendiri: i love me
ni bukan membazir, ni kedekut..
bila kedekut, tu yang rezeki pun kedekut nak datang
lainla kalau dah ada 5 pasang kasut, saja nak beli lagi sepasang, ini membazir




satu lagi, perasaan ketika membeli...mesti rasa gembira ..jgn ada rasa kompetitif, tak cukup..risau duit habis kalau beli ni..(sebab kita tak membazir, so apa nak rasa bersalah pula)
dan kena ingat balik affirmation kita, aku memiliki kuasa beli yang tinggi dan besar...
rasakan perasaan memiliki kuasa beli yang besar tu, ada nak rasa risau ke? tak de kan..tapi kena betul2 hayati..dan sedari bahawa wang akan masuk lagi
jgn ada rasa kedekut, risau dan cuak bila nak memilih, dan membeli barangan...
yang ada hanya rasa gembira, bersyukur sebab ada rezeki untuk membeli, dan perasaan optimis bahawa duit ini bukan terakhir dalam poketku..ada banyak lagi masuk dalam masa terdekat
cubala...insyaAllah

http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/07/my-friend-just-manifest-his.html

Saya: "jgn ada rasa kedekut, risau dan cuak bila nak memilih, dan membeli barangan"
kalau kita rasa 'aku bwk duit bp je ni..

Sifu: nak pi shopping, kat umah estimated la dulu apa yang u nak beli, baju, kasut, barangan kesihatan, makanan, agak2 kos dalam berapa
cuma harga dikedai tu yang tak pasti, tapi bila ada yang hati dah berkenan..betul2 teringin, jangan kedekut dgn diri sendiri..tapi berpada2lah..dah beli satu baju mahal, baju kedua kurangkanlah sikit
Saya: oo.. sy ni bahaya sikit bebelanja

Sifu: mmgla..ramai macam tu.. cuma kalau leh la...cuba sesekali style loa ..iatu tiada rasa cuak..biarla lainkali nak cuak ke
tapi sekali ni,,rasailah..enjoy shopping..dan cuba betul2 rasakan anda memiliki kuasa beli yang besar !!mmg la dalm poket katakan ada 500, tapi kena ada satu perasaan bahawa this is not my last rm500
dalam masa terdekat ada lagi masuk
masalahnya kita gagal dapat fikir macam tu
sebab kita kira fakta dan logik
ingat artikel blog pasal baby, ultraman dll?-http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/07/mengubah-keyakinan-bhg-1.html

Saya: ooo

Sifu: dan jgn lupa. sedekah ikhlas tu penting
manifest je duit, terus kuarkan dulu portion untuk sedekah tu yang buat dia bertambah
dari situ u dah tau 1 sedekah dapat balik maximum 700kali and minimum 10kali
duit datang dgn pelbagai cara..awak pun tau kan..maybe ayah bagi,, mak bagi, nenek bagi..tu semua arah yang kta memang dah sangka
tapi ayat tu: dari arah yang tak kita sangka...
yang tu yang kita kena selalu ingat
wallahuaklam..Allah lebih maha mengetahui..kita cuma leh fikir, ikhtiar dan share je

Saya: thanx a lot=)

Friday, September 3, 2010

Kelebihan seorang wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Jari ku Jari mu .. jaga la dia


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.
by Yus Fairus